1. Muhajirin ialah pengikut Rasulullah SAW yang berhijrah dari Mekah ke Madinah.
2. Ansar ialah penduduk asal Madinah yang telah memeluk Islam dan membantu perjuangan Rasulullah SAW di Madinah. Golongan Ansar terdiri daripada kaum Aus dan Khazraj.
3. Rasulullah SAW telah mempersaudarakan golongan Muhajirin dengan Ansar dengan cara memperkenalkan saudara angkat.
4. Antara pengorbanan golongan Muhajirin ialah:
(a) sanggup meninggalkan keluarga, harta dan tanah air untuk berhijrah bersama Rasulullah SAW;
(b) sanggup mengharungi penderitaan dan bergadai nyawa semasa dalam perjalanan hijrah.
5. Antara pengorbanan golongan Ansar ialah:
(a) sanggup memberikan bantuan tenaga, harta, dan tempat tinggal kepada Muhajirin;
(b) sanggup menawarkan isteri dan anak-anak untuk dikahwini kepada Muhajirin.
6. Asas persaudaraan dalam Islam:
(a) ketaatan dan kepatuhan kepada Allah SWT dan rasul;
(b) mengutamakan kepentingan agama daripada kepentingan diri sendiri;
(c) mengamalkan cara hidup Islam secara menyeluruh.
7. Kepentingan persaudaraan dalam Islam:
(a) melahirkan perasaan kasih sayang dan silatulrahim dalam kehidupan;
(b) mewujudkan masyarakat yang aman dan harmoni;
(c) meringankan sesuatu perkara melalui semangat kerjasama dan gotong royong.
8. Langkah-langkah mewujudkan perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum dan agama:
(a) mengamalkan sikap toleransi dalam kehidupan;
(b) hormat menghormati antara satu dengan yang lain;
(c) berkerjasama dan bantu membantu dalam perkara kebaikan.
9. Faktor yang membawa pepecahan dalam masyarakat Islam:
(a) kurang didikan agama serta tidak menghayati ajaran al-Quran dan hadis;
(b) tidak bertolak ansur dalam sesuatu perkara;
(c) pentingkan diri sendiri, hasad dengki dan sombong.