Sunday, 21 September 2014

SOLAT JAMAQ DAN QASAR

1.         Rukhsah solat ialah kemudahan yang diberikan kepada orang yang bermusafir.

2.         Solak jamak ialah menghimpunkan dua solat fardu dalam satu waktu dengan         syarat-syarat tertentu.

3.         Jenis-jenis solat jamak:

(a)    solat jamak takdim: menghimpunkan dua solat fardu dalam waktu pertama. Contohnya menunaikan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur.
(b)   Solat jamak takhir: menghimpunkan dua solat fardu dalam waktu kedua. Contohnya menunaikan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar.

4.         Syarat solat jamak takdim:

(a)    mendahulukan solat yang waktunya terdahulu iaitu Zuhur dan Maghrib;
(b)   niat jamak pada solat yang pertama;
(c)    kedua-dua solat tersebut dilakukan secara berturut-turut.

5.         Syarat solat jamak takhir:

(a)    berniat akan melakukan solat jamak takhir semasa dalam solat pertama;
(b)   masih dalam perjalanan sehingga selesai kedua-dua solat.

6.         Solat qasar menurut istilah syarak ialah memendekkan solat empat rakaat menjadi dua rakaat.

7.         Syarat solat qasar:

(a)    hendaklah melepasi sempadan tempat tinggal;
(b)   tidak berniat untuk bermukim melebihi empat hari, tidak termasuk perjalanan pergi dan balik;
(c)    tidak berimamkan kepada imam yang solat sempurna rakaatnya.

8.         Hikmat disyariatkan solat jamak dan qasar:

(a)    memberikan keringanan kepada umat Islam untuk menunaikan solat fardu ketika dalam musafir;
(b)   umat Islam dapat menyempurnakan hajatnya tanpa meninggalkan perintah Allah SWT;
(c)    menunjukkan ibadat fardu wajib ditunaikan walau dalam apa jua keadaan.

No comments:

Post a Comment