1. Ramadan dari segi bahasa bererti panas terik, manakala dari segi istilah syarak pula, Ramadan bererti bulan rahmat yang diwajibkan berpuasa.
2. Antara keistimewaan bulan Ramadan ialah:
(a) Allah SWT menurunkan al Quran pada malam Lailatulqadar;
(b) bulan khusus bagi umat Islam mengerjakan ibadat puasa, solat Tarawih, bersahur dan sebagainya.
3. Kelebihan orang yang berpuasa pada bulan Ramadan:
(a) mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT;
(b) doa akan dimakbulkan oleh Allah SWT;
(c) dosa-dosa yang lalu akan diampunkan oleh Allah SWT.
4. Amalan utama dalam bulan Ramadan:
(a) menunaikan solat Tarawih. Antara fadilat solat Tarawih ialah:
· Allah SWT akan mengampunkan dosa-dosa yang lalu;
· melatih diri untuk tekun beribadat;
· tubuh badan menjadi sihat.
(b) membaca dan bertadarus al Quran. Antara fadilah membaca al Quran ialah:
· memberi ketenangan jiwa;
· dapat menyembuhkan penyakit;
· mendapat syafaat al Quran pada hari akhirat.
(c) memberi sedekah. Antara fadilat memberi sedekah ialah:
· memperoleh pahala yang berlipat kali ganda;
· menampung kecacatan yang terdapat pada ibadat puasa;
· jauh daripada bala dan bencana;
· mendapat rahmat dan keredaan Allah SWT.
No comments:
Post a Comment