Sunday, 21 September 2014

GOLONGAN YANG HARUS BERBUKA PUASA

1.         Golongan yang harus berbuka puasa:

(a)    orang sakit yang tiada harapan untuk sembuh;
(b)   orang tua yang tidak mampu berpuasa;
(c)    orang yang bermusafir melebihi dua marhalah
(d)   perempuan mengandung yang bimbangkan kesihatannya atau anak kandungannya.

2.         Qada puasa bermaksud mengerjakan semula puasa yang tidak sah, yang tertinggal            atau sengaja ditinggalkan pada hari lain.

3.         Fidyah puasa bermaksud memberikan secupak makanan kepada fakir miskin bagi   setiap hari puasa yang ditinggalkan.

4.         Kifarat puasa pula bermaksud denda yang dikenakan kepada suami kerana             melakukan persetubuhan dengan sengaja pada siang hari dalam bulan Ramadhan.

5.         Hikmat diharuskan berbuka puasa:

(a)    memberi kemudahan dan kelonggaran kepada mereka yang tidak dapat mengerjakan ibadat puasa;
(b)   dapat menjalani kehidupan berlandaskan hokum-hukum syarak;
(c)    dapat memberi semangat atau motivasi untuk terus mengerjakan ibadat puasa.

No comments:

Post a Comment