1. Riwayat hidup:
(a) nama penuh beliau ialah Umar bin Al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza;
(b) beliau berketurunan Bani Adi, Quraisy.
(c) Dilahirkan di Mekah pada 584 Masihi, 13 tahun selepas kelahiran Rasulullah SAW;
(d) memeluk Islam ketika berumur 33 tahun;
(e) mendapat gelaran Al-Faruq yang bermaksud pemisah antara yang hak dengan yang batil;
(f) dilantik menjadi khalifah yang kedua pada hari Selasa, 22 Jamadilakhir tahun ke 13 Hijrah bersamaan 23 Ogos 634 Masihi;
(g) beliau wafat pada bulan Zulhijjah tahun ke 23 Hijrah ketika berusia 63 tahun;
(h) beliau telah dibunuh oleh Fairuz (Abu Lukluk) iaitu hamba majusi yang berbangsa Parsi.
2. Sifat-sifat peribadi:
(a) beliau seorang yang taat pada perintah Allah SWT;
(b) beliau seorang yang berani. Buktinya ketika memeluk Islam, beliau mengisytiharkan keislamannya kepada umum;
(c) beliau seorang pemerintah yang bertanggungjawab terhadap kebajikan rakyat.
3. Sumbangan dalam bidang pentadbiran:
(a) mengemaskinikan Majlis Syura sebagai suatu badan yang penting dalam pentadbiran negara;
(b) mengasaskan Jabatan Cukai dan Harta, Jabatan Ketenteraan dan Jabatan Persuratan;
(c) mengasaskan Undang-undang Hisbah, iaitu undang-undang dan peraturan di pasar seperti adab berjual beli, pengawasan timbangan dan sebagainya.
4. Sumbangan dalam bidang dakwah:
(a) mengembangkan penyebaran dakwah ke wilayah-wilayah baru seperti Mesir, Rom dan Parsi;
(b) melantik gabenor di wilayah tersebut untuk melancarkan pentadbiran dan penyebaran dakwah Islam;
(c) menghantar ulama ke serata tempat untuk menyebarkan dakwah Islam.
5. Sumbangan dalam pembangunan negara:
(a) mengemaskini Baitulmal sebagai institusi kewangan negara;
(b) mendirikan masjid dan rumah persingahan untuk kemudahan para musafir;
(c) membina sekolah-sekolah untuk pendidikan anak-anak;
(d) meneroka kawasan-kawasan baru untuk pertanian dan saliran air.
No comments:
Post a Comment