Sunday 21 September 2014

ZAKAT FITRAH

1.         Zakat fitrah menurut istilah syarak bermaksud mengeluarkan makanan asasi bagi    sesebuah negara tertentu dengan kadar yang tertentu dan diberikan kepada     golongan tertentu dengan syarat-syarat tertentu.

2.         Syarat-syarat wajib mengeluarkan zakat fitrah:

(a)    beragama Islam;
(b)   mempunyai kelebihan harta untuk keperluan diri dan ahli keluarga pada malam dan siang hari raya;
(c)    hidup pada akhir bulan Ramadan dan awal bulan Syawal.

3.         Kadar zakat fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.7 kilogram makanan   asasi sesebuah negara.

4.         Hukum dan waktu mengeluarkan zakat fitrah:

(a)    harus – sepanjang bulan Ramadan;
(b)   wajib – bermula setelah terbenam matahari pada akhir Ramadan;
(c)    sunat – bermula dari masuk waktu solat Subuh sehingga solat Hari Raya;
(d)   makruh – selepas solat hari raya sehingga terbenam matahari 1 Syawal;
(e)    haram – setelah terbenam matahari pada 1 Syawal.

5.         Antara golongan yang berhak menerima zakat fitrah:

(a)    orang fakir;
(b)   orang miskin;
(c)    amil, iaitu orang yang menguruskan pungutan zakat;
(d)   mualaf, iaitu orang yang baru memeluk Islam.

6.         Hikmat zakat fitrah terhadap individu:

(a)    melahirkan individu yang penyayang kepada sesama manusia;
(b)   menjauhkan sifat bakhil dalam diri seseorang.

7.         Hikmat zakat fitrah kepada masyarakat:

(a)    melahirkan masyarakat Islam yang penyayang;
(b)   melahirkan masyarakat yang tolong menolong serta belas kasihan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

8.         Akibat tidak mengeluarkan zakat:

(a)    ibadat puasa yang dilakukan tidak mendapat kesempurnaan;
(b)   lahir individu yang bersifat bakhil dan tamak;
(c)    mendapat kemurkaan dan azab Allah SWT.

No comments:

Post a Comment